Logo IPI  
Journal > Jurnal Ekpresi Seni > LAGU POP BIDAYUH BUKAR SADONG DI SERIAN, SARAWAK, MALAYSIA

 

Full Text PDF (1,515 kb)
Jurnal Ekpresi Seni
Vol 17, No 2 (2015): Ekspresi Seni
LAGU POP BIDAYUH BUKAR SADONG DI SERIAN, SARAWAK, MALAYSIA
Article Info   ABSTRACT
Published date:
10 Nov 2015
 
Bidayuh merupakan salah satu masyarakat yang terdapat di negeri Sarawak. Masyarakat ini mempunyai empat pecahan etnik yang utama iaitu di Bau, Serian, Lundu dan Padawan. Masyarakat ini mempunyai empat pecahan bahasa etnik yaitu Bukar-sadong di Serian, Jagoi di kawasan Bau, Biatah di kawasan Padawan dan Penrissen. Kajian ini bertumpu pada lagu popular Bidayuh yang dicipta di kawasan Serian, Sarawak yang penduduknya adalah majoriti kaum Bidayuh Bukar-Sadong dari tahun 2000 hingga 2013. Melalui kajian ini, ciri-ciri lagu pop Bidayah Bukar Sadong Serian akan dikenalpasti dari aspek tanda masa, melodi, rentak, harmoni dan struktur (form). Secara kesimpulan, didapati penggunaan struktur lagu yang amat terhad, penggunaan ilmu teori muzik yang terhad dalam komposisi dan penggunaan alat muzik orkestra barat yang terhad dalam komposisi lagu pop Bidayuh.
Copyrights © 2015